UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AKADEMIK 

PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI (JAPSU)

 BIL. 4 (2007/2008)

 

                        Tarikh          :        22 November 2007 (Khamis)

Masa            :        9.00 pagi

Tempat        :        Bilik Mesyuarat Utama

                             Sekolah Pengajian Siswazah

 

Senarai Kehadiran :

 

Hadir

 

  1. Prof. Dr. Mohd. Ibrahim bin Seeni Mohd.   -        Sekolah Pengajian Siswazah/

Pengerusi

 

  1. Prof. Dr. Nor Aishah bt Saidina Amin                  -        Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli

 

  1. Prof. Madya Dr. Megat Mohd. Ghazali bin -        Fakulti Kejuruteraan & Sains
    Megat Abdul Rahman                                       Geoinformasi

 

  1. Prof. Madya Dr. Adi Maimun bin Abdul      -        Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Malik

 

  1. Prof. Madya Dr. Md. Nor bin Bakar           -        Fakulti Pendidikan

 

  1. Prof. Madya Dr. Naomie binti Salim          -        Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
  2. Dr. Wan Khairuzzaman bin Wan Ismail      -        Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia

 

  1. En. Khasim bin Ismail                                       -        Timbalan Pendaftar (SPS) /Setiausaha

 

Turut Hadir

 

1.     Prof. Dr. Safaai bin Deris                        -        Sekolah Pengajian Siswazah

 

2.     Prof. Madya Dr. Aminaton binti Marto       -        Sekolah Pengajian Siswazah

 

3.     Prof. Madya Dr. Mohd. Wazir bin Mustafa  -        Fakulti Kejuruteraan Elektrik

 

4.     Prof. Madya Dr. Yusof bin Munajat           -        Fakulti Sains

 

5.     Prof. Madya Dr. Zaharah binti Ibrahim      -        Fakulti Biosains &

                                                                                      Biokejuruteraan

 

6.     Prof. Madya Dr. Abdullah Sani bin Ahmad   -        Fakulti Alam Bina

 

7.     Prof. Madya Dr. Mohd. Rosli bin Hainin      -        Fakulti Kejuruteraan Awam 

 

8.     Dr. Othman bin Ibrahim                          -        Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan

 

9.     En. Ramli bin Ahmad                              -        Urusetia

 

10. Puan Siti Azura binti Azis                        -        Urusetia

 

11. Puan Suaida binti Yusof                          -        Urusetia

 

 

Tidak Hadir (dengan maaf)

 

1. Prof. Dr. Ismail bin Rejab                        -        Sekolah PerniagaanAntarabangsa

 

2.                             Prof. Dr. Azizah binti Abd. Manaf             -        Pusat Perniagaan & Teknologi Termaju

 

1.0            ALUAN PENGERUSI

 

1.1            Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.

 

2.0            MELULUSKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AKADEMIK PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI (JAPSU) BIL. 3(2007/2008)

2.1            Mesyuarat meneliti dan meluluskan Minit Mesyuarat JAPSU Bil.3 (2007/2008) tanpa pindaan.

 

3.0            PERMOHONAN PELANTIKAN PEMERIKSA TESIS

3.1            Mesyuarat meneliti perakuan fakulti berhubung pelantikan pemeriksa tesis bagi program Sarjana dan Doktor Falsafah. Pemeriksa tesis yang diluluskan seperti di Lampiran A.

Tindakan : SPS

 

4.0            HAL-HAL LAIN

4.1            Permohonan Pengecualian Yuran Pelajaran (KA/KP/RO) Pengajian Siswazah bagi Semester I (2007/2008)

 

Mesyuarat telah meluluskan permohonan semua pelajar yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

 

                                                                             Tindakan : SPS

 

 

 

4.2            Cadangan Pelaksanaan Kursus Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat) Secara Kerja Kursus Program Khas Separuh Masa di UTM City Campus, Kuala Lumpur

 

Mesyuarat menetapkan supaya diadakan perbincangan dengan pihak Biro Inovasi & Perundingan (BIP) berhubung perkara ini.

                                                                            

                                                                             Tindakan : FSKSM

 

4.3            Panduan Pelantikan dan Tanggungjawab Pemeriksa Tesis, Penyelia dan Pengerusi Viva

 

Mesyuarat bersetuju agar perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

 

                                                                             Makluman

 

 

4.4            Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JE) Universiti Berkaitan Umur Maksima Staf Cuti Belajar

 

Mesyuarat JE menetapkan umur maksima bagi staf untuk memohon program cuti belajar ialah 46 tahun.

 

                                                                             Makluman

 

4.5            Masalah Dalam Preses Pengambilan Pelajar

 

Beberapa masalah dalam proses pengambilan yang dikenal pasti, di antaranya:

 

i)       Jumlah permohonan yang masih belum diambil tindakan adalah tinggi

ii)     Masalah penghantaran dokumen calon pelajar yang tiba di  fakulti tidak sama jumlahnya dengan jumlah yang diberitahu oleh SPS.

iii)   Kecekapan perlu ditingkatkan dalam urusan pengambilan pelajar untuk meningkatkan jumlah pelajar yang mendaftar.

 

Makluman

4.6            Jumlah Jam Kredit Elektif Umum Universiti

 

Bagi program baru dengan jumlah jam kredit 40 jam, jam kredit elektif umum universiti mestilah 3 jam.

 

                                                                             Makluman

 

             Mesyuarat tamat pada jam 1.30 petang dan disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr.

 

 

Agenda