UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
MINIT
MESYUARAT JAWATANKUASA AKADEMIK
PENGAJIAN
SISWAZAH UNIVERSITI (JAPSU)
BIL. 5 (2007/2008)
Tarikh
: 15 Januari 2008
Masa :
9.00 pagi
Tempat :
Bilik
Mesyuarat Utama
Sekolah Pengajian Siswazah
Senarai
Kehadiran :
Hadir
Pengerusi
Termaju
Malik
Jalil
Biokejuruteraan
Turut Hadir
1.
Cik Faidah binti Ab. Ghani - Sekolah Pendidikan Profesional
&
Pendidikan Berterusan
2.
En. Ramli bin Ahmad - Urusetia
3.
Puan Siti Azura binti Azis - Urusetia
4.
Cik Nurhidayah binti Abdul
Mutalib - Urusetia
5.
Puan Norzehan binti Ismail - Urusetia
Tidak Hadir (dengan maaf)
1. Prof. Dr. Ismail bin Rejab - Sekolah Perniagaan Antarabangsa
1.0
ALUAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi mengalu-alukan
kehadiran semua ahli mesyuarat dan memulakan mesyuarat dengan bacaan surah
Al-Fatihah.
1.2
Dalam ucapan aluannya,
Pengerusi menyampaikan beberapa maklumat hasil daripada Mesyuarat Majlis
Dekan-Dekan Pengajian Siswazah yang dihadirinya baru-baru ini. Di antara yang
dikenal pasti ialah:
1.2.1
Penyusunan Struktur Pengajian
Siswazah IPTA
i.
Beberapa IPTA dikenal pasti
telah menyusun semula struktur Pengajian Siswazah bagi melicinkan urusan
pentadbiran. Di antaranya, UKM dan UPM telah memiliki 2 Graduate School.
ii.
Di UKM, fungsi 2 dekan
Pengajian Siswazah ialah Pengurusan dan Akademik.
iii.
UUM telah mengubah struktur
organisasinya dan menukar 13 fakulti kepada 3 kolej akademik.
Makluman
1.2.2
Penetapan 40 kredit bagi
pelajar Pengajian Siswazah
i.
Setakat ini penetapan tersebut
masih tidak boleh dilaksanakan sehingga mendapat arahan daripada KPT.
ii.
Mesyuarat bersetuju menetapkan
kredit minima bagi program baru kerja kursus ialah 40 kredit dan 40 masa
pembelajaran seperti tertera dalam MQA. Bagi penyelidikan pula mesti merangkumi
50% Kerja Kursus dan 50% Penyelidikan.
Makluman
1.2.3 Promosi Pengajian Siswazah
i.
Majlis Dekan-dekan
menganjurkan supaya semua IPTA mengadakan promosi di kawasan luar bandar untuk
menambah bilangan pelajar. 2 bentuk program promosi yang dirancang iaitu:
a) Skala Besar – di
bawah tanggungjawab UUM dan diadakan di sekitar utara Semenanjung.
b)
Skala Kecil – semasa Mesyuarat
Majlis Dekan-dekan
Tindakan: IPTA
1.2.4
Amalan Pelaksanaan Pengajian
Siswazah IPTA
i.
Majlis Dekan-dekan bersetuju
dari segi harta intelek, tesis yang dihasilkan oleh pelajar Sarjana dan
Doktoral adalah hakmilik pelajar.
ii.
Disediakan satu garis panduan
berkaitan program pengajian sepenuh masa (perdana) dan separuh masa serta
mengambil kira yuran pengajian.
iii.
Majlis Dekan-dekan juga
menggesa IPTA supaya mengambil pensyarah dalam negara sebagai pemeriksa luar kecuali jika tiada
kepakaran dalam bidang tersebut.
Tindakan: IPTA
2.0
MELULUSKAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AKADEMIK PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI (JAPSU)
BIL.4 (2007/2008)
2.2
Mesyuarat meneliti dan meluluskan Minit Mesyuarat JAPSU
Bil.4 (2007/2008) tanpa pindaan.
3.0
PERMOHONAN
PELANTIKAN PEMERIKSA TESIS
3.2
Mesyuarat meneliti perakuan
fakulti berhubung pelantikan pemeriksa tesis bagi program Sarjana dan Doktor
Falsafah. Pemeriksa tesis yang diluluskan seperti di Lampiran A.
Tindakan : SPS
4.0
PERKARA BERBANGKIT
4.1
Keahlian Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Pengajian
Siswazah Universiti (JAPSU)
Mesyuarat bersetuju
supaya Timbalan Dekan dan Pengurus-Pengurus Akademik SPS dilantik sebagai ahli
tetap mesyuarat ini.
Tindakan:
SPS
4.2
Yuran Pengajian Bagi Staf Yang Mengikuti Pengajian di UTM
Mesyuarat bersetuju
supaya staf yang sedang mengikuti pengajian Sarjana dan Doktoral di UTM
dibenarkan hanya membayar yuran perkhidmatan sahaja, tertakluk kepada
syarat-syarat universiti.
Tindakan:
SPS
4.3
Panduan Pelantikan Penyelia, Pemeriksa Tesis dan
Pengerusi Viva
Ahli mesyuarat memohon
kerjasama SPS untuk mengedarkan Panduan Pelantikan Penyelia, Pemeriksa Tesis
dan Pengerusi Viva ke semua fakulti.
5.0
HAL-HAL LAIN
5.1
Program Perdana di UTM City
Campus
Mesyuarat dimaklumkan
tiada program perdana yang dapat dijalankan di UTM City
Campus pada semester ini. Hal ini kerana jumlah calon yang tidak
mencukupi untuk menjalankan satu-satu program. Fakulti diminta supaya
menawarkan hanya 2 program yang benar-benar sesuai bagi semester 1 2008/2009.
Tindakan: SPS dan Fakulti
5.2
Pendaftaran Pelajar Program Penyelidikan Tanpa Tarikh
Tutup
Mesyuarat menerima
cadangan supaya pelajar penyelidikan dibenarkan mendaftar sepanjang masa. Namun
perkara ini perlu mengambil kira yuran yang perlu dibayar, definisi semester
dan taklimat akademik kepada pelajar.
Tindakan:
SPS
5.3
Pengiklanan Program Pesisir
Bagi program pesisir,
semua fakulti dinasihatkan supaya lebih efisien dalam menentukan
program-program pesisir yang akan ditawarkan untuk menjimatkan kos.
Lokasi-lokasi yang strategik juga perlu untuk memastikan keberkesanan program
tersebut.
Tindakan:
SPS dan Fakulti
Mesyuarat tamat
pada pukul 1.30 tengahari dan disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr.